>UPDATE >>

Cara set Magazine Tamplate dan cara mendapatkanya

Artis

rencana

»

POST

Cara set Magazine Tamplate

Rabu, 21 Mac 2012

Magazine Tamplate ini,amat sesuai kepada blog-blog yang berkisah Hal Ehwal Semasa,
Seperti portal berita,politik dan yang sesuai dengannya.

Walaubagaimana pun,blog-blog lain pun boleh mengunakanya jika anda tertarik dengan reka bentuk Magazine Tamplate.

Bentuknya ada sedikit,mirip macam portal BH .(sama tak serupa.)
Navbar atas dari google tidak di hilangkan,cuma di sorok dan akan timbul bila mouse di dekankan.

Cara set Magazine Tamplate

Kepada yang belum memahami,bagai mana hendak mengubah nama label menjadi tajuk-tajuk kecil
sila baca di sini untuk lebih memahaminya Cara ubah-nama-label-menjadi-nama-categories

Kepada yang agak merasa susah ingin membuatnya,di sini juga ada Script label,jika cara di atas tidak mahu di terapkan di dalam blog.Sila buka link ini untuk memahami atau ingin mengambil Script/kod nya.Mengambil script-untuk-menampilkan-label.

Jika ingin kelihatan lebih cantik,gunakan kedua-dua cara di atas dan letak mengikut kesesuaian posting masing-masing.

Setelah selesai membuatnya,kita masuk pula pada ruang edit templat untuk kesesuaian blog masing-masing.
Hanya sedikit sahaja edit perlu dlakukan.

PENTING:
Dalam >>Edit HTML cari kod seperti ini:<div class='navsearch'>
Pada baris ketiga akan terlihat kod seperti ini.

<input name='sitesearch' style='display:none;' value='http://best-the-magazine.blogspot.com/'/>

Tukar alamat URL dengan URL blog anda.

Cari lagi kod seperti ini:<div class='garisberita'>

Pada baris ketujuh,akan terjumpa kod seperti ini:

(&quot;joyiman&quot;, &quot;http://best-the-magazine.blogspot.com/feeds/posts/default&quot;)

Ganti NAMA dan juga alamat URL dengan URL blog anda.(warna biru)

Pada NAVBAR blog,gantilah mengikut kesesuan blog tuan-tuan semua.

Kotak Iklan:
Hanya salin kod di bawah ini dan letak di dalam kotak HTML.

<div id="Magazine-ads">
<a href="http://best-the-magazine.blogspot.com/"><img src="http://2.bp.blogspot.com/-G-eGZEx4_XU/T2nsEiVHtxI/AAAAAAAAAFc/PTUMIMAPbyo/s1600/ads+here.jpg" /></a>

<a target="_blank" href="http://best-the-magazine.blogspot.com/">
<img alt="ads" src="http://2.bp.blogspot.com/-G-eGZEx4_XU/T2nsEiVHtxI/AAAAAAAAAFc/PTUMIMAPbyo/s1600/ads+here.jpg" /></a><a href="http://best-the-magazine.blogspot.com/"><img src="http://2.bp.blogspot.com/-G-eGZEx4_XU/T2nsEiVHtxI/AAAAAAAAAFc/PTUMIMAPbyo/s1600/ads+here.jpg" /></a>

<a href="http://best-the-magazine.blogspot.com/"><img src="http://2.bp.blogspot.com/-G-eGZEx4_XU/T2nsEiVHtxI/AAAAAAAAAFc/PTUMIMAPbyo/s1600/ads+here.jpg"/></a>

</div>

Ganti URL berwara merah dan biru,mengikut kesesuaian Iklan anda.

Walaupun banyak Magazine Tamplate,boleh di dapati dengan percuma,kali ini saya mengenakan sedikit bayaran untuk Magazine Tamplate ini.

Terma dan Syarat.
Setiap pembelian Template ini hanya boleh digunakan pada 2 nama Domain.
Jangan padam pautan kredit pada bahagian footer
Template ini dilindungi oleh undang-undang. Setiap orang tidak boleh menyalin rekabentuk template ini. Mencuri atau menyalin rekabentuk bermakna telah mengambil hak cipta.
Jika anda berminat untuk menggunakan template ini, anda boleh membelinya.










Selepas diproses pembayaran, sila sahkan transaksi anda dengan menghantar e-mel kepada:joyiman160@gmail.com.
Jangan lupa untuk sertakan nama anda, e-mel dan negara anda.
Pembayaran yang diproses oleh PayPal.,anda akan menerima e-mel dengan pautan muat turun apabila pembayaran telah berjaya. Jika anda mendapati kesukaran dengan proses pembayaran, Sila Hubungi kami untuk maklumat lanjut.Terima kasih.

Proton sasar jualan 4,000 unit P3-21A sebulan

Jumaat, 16 Mac 2012





Proton Holdings Bhd yakin dapat mencapai jualan bulanan 4,000 unit bagi model kereta baharunya, yang diberi nama kod P3-21A, Kata Pengarah Urusannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

Beliau berkata, kereta yang amat dinanti-nantikan dan dijadualkan pelancaran rasminya menjelang bulan depan itu akan menebus imej Proton sebagai pengeluar kereta yang berkebolehan, dan menarik pembeli dari kedua-dua pasaran tempatan dan luar negara.

"P3-21A adalah kereta segmen C dan kami berharap dapat menjual kira-kira 4,000 unit sebulan apabila dilancarkan sepenuhnya nanti.

"Sekarang kita tidak boleh mereka bentuk kereta bagi pasaran domestik sahaja. Ia mestilah juga bagi pasaran eksport.

“Kami yakin P3-21A boleh dipasarkan diluar negara dan Proton telahpun menjalankan pengujian ke atas kereta itu bagi jualan di Asia Tenggara dan Australia.

"Kereta ini sejajar dengan pendirian Proton untuk mengeluarkan kereta global kerana kita cuba tidak bergantung kepada satu pasaran khusus. Pasaran-pasaran baru muncul bagi kereta Proton termasuklah China, Indonesia dan India,” katanya pada hari terbuka Proton, ”Power of 1” di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini hari ini.

Syed Zainal berkata, model P3-21A baharu itu juga menepati definisi ”global” Proton, kerana setiap inci kereta itu perlu menarik di samping menepati spesifikasi global yang ketat.

Kereta halimunan yang pertama di dunia

Khamis, 15 Mac 2012



kereta halimunan

SEBELUM ini kita didedahkan dengan pelbagai kisah halimunan seperti filem The Invisible Man yang ditayangkan seawal tahun 1933. Kemudian filem James Bond: Die Another Day yang ditayangkan pada 2002 menunjukkan kereta James Bond yang terus ‘hilang’ atau halimunan selepas memasuki terowong.

Malah dalam filem Harry Porter juga terdapat selimut yang menjadikan Harry manusia halimunan.

Sememangnya semua orang mahu menjadi manusia halimunan kerana kita boleh melakukan apa saja dan orang lain tidak dapat melihatnya. Tentu hebat kan!

Mungkin inilah sebabnya, sebuah syarikat pengeluar kereta mengambil keputusan membina kereta halimunan sebagai satu cara mempromosikan kenderaan dengan bahan api baru yang tidak membebaskan gas rumah hijau.

Dalam publisitinya, Mercedes menekankan kenderaan dengan bahan bakar F-Cell tidak membebaskan gas rumah hijau menjadikannya halimunan kepada alam sekitar.

Kereta halimunan Mercedes adalah buah tangan pakar teknologi penyamaran optikal untuk mewujudkan ilusi ke atas kereta berkuasa hidrogen.

Teknologi yang asalnya dirintis oleh sekumpulan saintis dari Universiti Tokyo, Jepun telah digunakan oleh syarikat Mercedes.

Mereka menutup bahagian kiri kenderaan tersebut dengan kepingan LED, manakala di bahagian kanannya pula diletakkan kamera Refleks Lensa Tunggal Digital (DSLR).

Kaedah

Kamera itu berperanan untuk merakamkan imej di bahagian sebelah kanan kereta itu dan videonya disiarkan di kepingan LED yang menutupi bahagian kiri kenderaan itu.

Kaedah itu menyebabkan orang ramai yang melihat kenderaan itu dari sebelah kiri akan nampak pemandangan di sebelah kanan kenderaan itu yang dipancarkan pada kepingan LED tersebut.

Sebenarnya teknik berkenaan pernah digunakan pada pakaian beragam semasa perayaan Halloween sebelum ini.
Caranya mudah, hanya letakkan satu iPad di bahagian perut dan bungkus sehingga kelihatan seperti lubang, kemudian letakkan kamera video di belakang dan kemudian sambung ke iPad.

Ketika itu nampak seperti ada lubang di bahagian perut dan tembus hingga ke belakang. Sungguh menakjubkan!

Syarikat Mercedes juga menggunakan teknik yang sama.

Semasa berada di atas jalan, orang ramai kagum dengan kereta halimunan apabila melihat kereta berkenaan melintasinya.

Mercedes dalam satu kenyataan berkata, sistem pemanduan penjanaan hidrogen sudah sedia untuk pengeluaran walaupun ada yang mengatakan kereta berkenaan akan hanya dikomersialkan pada tahun 2014.

Bagaimanapun teknologi sel bahan api F-Cell masih lagi amat mahal kerana hidrogen merupakan bahan api yang sukar untuk disimpan dan diangkut.

KERETA+AJAIB

Hidrogen yang diperlukan untuk menghasilkan sel bahan api harganya amat tinggi.

Bagaimanapun sekalung tahniah diucapkan kepada pihak Mercedes atas usaha menghasilkan kenderaan yang tidak membebaskan gas rumah hijau sekali gus mengurangkan pencemaran kepada alam sekitar.

Malek Noor Kini Bergelar Suami

Selasa, 13 Mac 2012

Malek Noor

PETALING JAYA – Hanya dengan sekali lafaz, bekas ahli bina badan negara Datuk Malek Noor,56, akhirnya selamat bergelar suami kepada Pakar Pediatrik, Dr Wan Asma Wan Ismail,52.
Kedua-dua pasangan tersebut dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu Wan Ismail Wan Ahmad,87, di kondominium, Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini kira-kira pukul 11 pagi, Isnin.

Dr Wan Asma bertugas di Hospital KPJ Pakar Perdana, Kota Bharu manakala Malek atau nama sebenarnya Abdul Malek Mohamaed Noor kelihatan berseri-seri dengan pakaian sedondon berwarna putih gading.

Menariknya pada perkahwinan tersebut pengantin lelaki hanya memberikan senaskhah al-Quran sebagai mas kahwin tanpa wang hantaran disertai lima dulang hantaran berbalas sembilan daripada pengantin perempuan.

Dr Wan Asma memberitahu berliau tidak memerlukan wang hantaran kerana segala kelengkapan sudah beliau miliki.

Apa yang penting beliau berharap perkahwinan mereka berdua kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

“Kami berdua bersetuju tiada wang hantaran kerana saya tidak perlukan semua itu,” katanya.

Dalam pada itu Dr Wan Asma berkata, beliau tidak berhasrat berpindah ke ibu negara mengikut suaminya kerana sudah selesa dengan pekerjaannya di pusat perubatan tersebut. Bagaimanapun setiap hujung minggu dia akan berjumpa dengan suaminya di Kuala Lumpur.

“Saya akan pergi ke Kuala Lumpur untuk berjumpa suami setiap hujung minggu. Kalau suami ada masa, dia akan datang ke Kota Bharu pula,” ujarnya.

Sementara itu Malek berharap agar perkahwinan tersebut menjadi yang pertama dan terakhir dalam dirinya selepas sekian lama hidup membujang.

Dr Wan Asma mempunyai tujuh orang anak berusia 11 hingga 30 tahun serta empat orang cucu dan sudah tiga tahun hidup menjanda manakala Malek memiliki seorang anak angkat iaitu Nik Nuramalin Aisyah Nik Mahmud berusia 2 tahun.

Pasangan tersebut berkenalan selepas berhubung atas urusan perniagaan pada November tahun lalu sehinggalah Malek membuat keputusan merisik pada Februari lepas.

Majlis resepsi perkahwinan mereka akan diadakan di Hotel Renaissance, pada malam Isnin.

Selain aktif dalam sukan bina badan, Malek pernah berlakon beberapa buah filem termasuklah Ujang (1989), Juara (1991), Rimba Malam (1992) dan Sahabat (1992).- MStar

Video Bogel :Hubungan Keluarga Artis Ini Pecah-Belah

 

PETALING JAYA: Pelakon muda yang dikaitkan dengan kontroversi video bogel di beberapa laman blog, Melia Aimiellia (Melia) berkata pendedahan cerita mengenainya itu di muka hadapan sebuah tabloid pada Isnin telah menyebabkan hubungan keluarganya kini berpecah-belah.

Pelakon berusia 19 tahun itu berkata, dia tidak menduga kontroversi tersebut bukan sahaja menjejaskan periuk nasinya sebagai pelakon, malah turut memutuskan hubungan silaturahim di antara ibu bapanya dan sanak saudara yang lain.

“Saya akui kontroversi ini bukan sahaja mengaibkan, malah turut memporak-perandakan kehidupan saya sekeluarga. Bayangkanlah, apabila isu dibesarkan sehingga terpampang di muka hadapan akhbar semalam (Isnin), ibu bapa saya mula dihujani pelbagai panggilan dan kecaman daripada sanak saudara dan kenalan.

“Apa yang saya kesalkan, apabila saudara mara lebih mempercayai laporan-laporan tersebut berbanding penjelasan darah daging mereka sendiri,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Selasa.

Pelakon filem Karipap-Karipap Cinta itu berkata, susulan kecaman dan pertikaian anggota keluarga yang lain, mereka sekeluarga kini lebih selesa untuk menghadapi situasi genting itu tanpa sokongan dan kepercayaan ahli keluarga yang lain.

“Ia mengakibatkan hubungan keluarga ibu bapa menjadi tegang dan terputus. Ibu bapa saya kecewa apabila keluarga mereka sendiri bukan sahaja tidak memberikan sokongan moral malah mengecam mereka dengan kata-kata kesat.

“Biarlah, apa pun yang terjadi, kami anak beranak akan hadapi perkara ini bersendirian,” katanya dengan nada sebak.

Melia berkata ekoran impak terburuk yang melanda keluarganya itu, dia bertekad untuk tidak melepaskan pengendali blog berkenaan yang bertanggungjawab sehingga mencetuskan kontroversi ini.

“Terlalu banyak percanggahan fakta pada kenyataan yang dikeluarkan pengendali blog itu pada akhbar tersebut. Saya mempunyai bukti dan rekod perbualan kami sebelum ini.

“Saya tidak akan berdiam diri. Saya sudah membuat laporan polis dan menunggu hasil siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk tindakan selanjutnya,” katanya yang terjejas tanpa sebarang tawaran lakonan pada waktu ini.

Pengendali sebuah laman blog hiburan pada Isnin membuat pendedahan di sebuah akhbar dengan menafikan telah membuat teknik pertindihan gambar (superimpose) terhadap wajah Melia Aimiellia untuk dikeluarkan pada blog berkenaan.

Ia sebagai menepis dakwaan artis tersebut yang menuduh mereka cuba menjatuhkannya dengan melakukan tenik tersebut.

Sementara itu sumber polis berkata, mana-mana individu tidak kiralah penulis bloq ataupun orang awam boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 922 Kanun Keseksaan dan Seksyen 5 Akta Penapisan Filem iaitu menyimpan dan memiliki bahan lucah.

Gossip: Pelakon Faradhiya akan berkhwin

Ahad, 11 Mac 2012

Atmosfera industri hiburan, bagai tidak berhenti dari serangan khabar angin liar mengenai artis tempatan. Terbaru, penyanyi dan pelakon, Faradhiya dikatakan sedang hangat bercinta dengan pemilik rangkaian sebuah hotel terkenal. Malah, Faradhiya dikatakan bakal berkahwin dalam masa terdekat. Namun kurang manisnya, lelaki berjaya bertakhta di hatinya itu bukan bujang, sebaliknya suami orang. Justeru, ada pihak membuat spekulasi, Faradhiya bakal menjadi isteri kedua. Tidak lari atau cuba menyembunyikan diri, Faradhiya semasa dihubungi Zass tidak keberatan memberi penjelasan mengenai perkara tersebut. Faradhiya atau mesra disapa Fara mengakui sedikit berang dengan fitnah disebarkan oleh pihak terbabit. "Saya rasa, tidak perlu takut atau lari bila ada orang berkata mengenai saya. Saya sudah lali dengan gosip mengarut seperti ini. Cuma sudah beberapa tahun saya menjaga reputasi karier dari terlibat dengan cerita negatif. "Sepatutnya mereka bertanya kebenarannya sebelum mengeluarkan cerita mengarut seperti itu. Saya tidak kisah jika hati saya tercalar, tapi saya masih ada keluarga," katanya. Faradhiya berkata, dia mengaku baru mengenali individu dimaksudkan oleh laman web hiburan tersebut, namun kenyataan mengatakan dia bakal berkahwin adalah mengarut. "Saya akui baru mengenali lelaki dimaksudkan oleh blog hiburan tersebut. Bagi saya, bukan menjadi satu kesalahan untuk berkawan dengan sesiapa sahaja. Namun kenyataan mengatakan saya akan berkahwin dan sekali gus menjadi isteri nombor dua, 200 peratus tidak benar sama sekali. "Bukan mahu bercakap besar tetapi dari dulu lagi, saya memang minta dielakkan bercinta dengan suami orang. Apatah mahu menjadi isteri kedua dan sebagainya. Apa yang ingin saya tegaskan, saya akan buktikan pada semua pihak bahawa apa yang katakan itu tidak benar dan saya bukan wanita yang suka berkongsi," tegasnya. Proses kenali hati budi Wanita yang bakal menginjak ke usia 28 tahun, 28 April ini, bagaimanapun tidak berselindung dan mengakui sedang mengenali hati seseorang. Namun, Faradhiya enggan berbicara lanjut mengenai perkara itu dan menyifatkan masih terlalu awal untuk berkongsi segala-galanya dengan peminat. "Saya bukanlah seorang individu yang gemar berkongsi cerita peribadi. Saya faham, sesetengah pembaca, mereka 'geli' bila membaca cerita mengenai kisah peribadi artis. Malah saya sendiri yang sedang bercerita sekarang pun, merasa geli untuk bercerita lebih-lebih. "Saya rasa cukuplah saya katakan, saya kini sedang mengenali seseorang dan bila tiba masanya, serta segalanya sudah pasti, barulah saya bersedia untuk bercerita kepada peminat," katanya penuh berhati-hati. Masih aktif Enggan terus berbicara mengenai kisah peribadinya, Faradhiya berkata, dia bakal melancarkan album terbarunya dijangka berlangsung bulan hadapan. Katanya, album berkonsep pop itu diterbitkan oleh Julfekar dan mengandungi lima lagu. Tiga lagu sudah dirakamkan dan kini dalam proses merakamkan dua lagi lagu. Antara judulnya, Tergila-gila dan Kau Telah Pergi. "Julfekar menawarkan kepada saya untuk mengeluarkan album dan ia adalah peluang dinanti-nantikan. Maklumlah kini bukan senang untuk mengeluarkan album. "Apatah lagi, ramai peminat tertanya dan keliru, apakah saya masih menyanyi atau tidak. Jadi, album ini adalah sebagai jawapan dan hadiah buat peminat," katanya yang akan ke Pulau Pinang bagi merakamkan klip video. Faradhiya berkata, selain akan kembali aktif menyanyi, dia juga banyak tawaran lakonan. Namun kerana kekangan masa, Faradhiya terpaksa menolak tawaran lakonan dan banyak memberi tumpuan kepada telefilem. "Saya kini terpaksa memilih tawaran. Bukan mula untuk demand, tetapi memandangkan saya akan aktif menyanyi, jadi saya takut jadual saya akan bertindih dengan waktu penggambaran. "Maklumlah, penggambaran drama bersiri mengambil masa. Malah kadangkala saya ada persembahan pentas yang perlu dihadiri. Jadi saya tidak mahu susahkan orang lain jika saya banyak terima tawaran lain. "Selain itu, saya jarang muncul di majalah atau dada akhbar kerana merasakan tidak ada projek yang mahu saya kongsikan. Justeru saya memilih untuk mengelak dari membuat sesi fotografi. Tapi selepas ini,mungkin tiada masalah untuk kembali seperti biasa," katanya

Shahrizat akan letakan jawatan 8 April

KUALA LUMPUR - Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan berundur sebagai anggota Kabinet apabila tempoh beliau sebagai senator berakhir 8 April ini.

"Pada 8 April, apabila tamat penggal sebagai ahli Dewan Negara, saya akan undur diri," kata beliau kira-kira 4 petang tadi.Khidmat anggota Dewan Negara adalah selama tiga tahun dan boleh disambung satu penggal lagi.

Beliau dilantik sebagai anggota Dewan Negara pada 9 April 2009 selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi perdana menteri dan seterusnya anggota Kabinet. Beliau gagal mempertahankan kerusi Lembah Pantai dalam pilihan raya umum 2008.

Shahrizat berkata beliau akan kekal sebagai Ketua Wanita Umno yang dimenangi tiga tahun lalu. Beliau juga merupakan Ketua Wanita Barisan Nasional (BN).Katanya, beliau akan menghantar surat makluman keputusannya kepada Najib dalam waktu terdekat.

Beliau juga menafikan keputusannya diambil ekoran tekanan mana-mana pihak ataupun disebabkan isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC)."Saya ingin ambil kesempatan untuk ucapkan terima kasih kepada Najib dan timbalan beliau dan rakan-rakan jemaah menteri, kerana telah mendapat kerjasama begitu baik.

"Selama 10 tahun menjalankan tugas sebagai menteri, saya sempat membawa beberapa perubahan," kata beliau pada Majlis Karisma Keluarga: Jalinan Kasih 2012 di Desa Water Park di sini petang, yang turut mendapat liputan lebih 60 wartawan dan jurugambar yang telah menunggu beliau sejak dari jam 1 tengah hari tadi.

Semalam, Najib berkata, beliau akan mengumumkan tentang kedudukan Shahrizat sebagai menteri pada waktu yang sesuai.Beliau yang juga Pengerusi BN dan Presiden Umno sebelum itu tidak menafikan desas desus yang mengatakan Ketua Pergerakan Wanita Umno itu akan meletakkan jawatan.

"Pelbagai khabar angin... kita akan membuat pengumuman (pada waktu) yang bersesuaian," katanya.Isu peletakan jawatan timbul apabila beliau terpalit dalam isu National Feedlot Corporation, yang diterajui suaminya Datuk Dr Mohamed Salleh Ismail yang terlibat dalam projek lembah daging Pusat Fidlot Nasional di Gemas, Negeri Sembilan.

Beberapa individu sebelum ini termasuk bekas Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz meminta Shahrizat melepaskan jawatan untuk mengelakkan ia menjadi bebanan kepada parti.Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga menasihatkan Shahrizat agar "jangan sayang kepada jawatan.

cerita

Twitter Facebook Feedburner Google +1
 

Berita

»

Kemalangan

Copyright Magazine Tamplate | Powered by Blogger - Design by joyiman | Publisher Free Templates for blog